ABOUT ME
Anda ada cadangan atau permintaan? Sila isi borang cadangan ini.
ABOUT ME
SITI REHANA BINTI ISNIN
An ordinary teacher leading extraordinary life.
A sensei since 2008. Not much experience, but I like sharing what I'm doing with others.
I am a productive, innovative and challenge enjoying sensei.
p/s: Senseigata, if you want me to make worksheets or slides on certain topics, please let me know
Follow Me!
Cikgu Juara Digital 2024
#cikgujuaradigital
Alhamdulillah, saya telah dipilih menjadi salah seorang Top 100 Cikgu Juara Digital 2024. Dengan kejayaan ini, saya berpeluang mempelajari pelbagai aplikasi digital yang boleh digunakan di kelas dan disebar luas kepada murid-murid.
Kami telah menerima tropi Cikgu Juara Digital dan tablet Samsung A9 daripada KPM dan MDEC selaku penganjur program ini.
Anugerah DUTA Negeri Melaka
Alhamdulillah, pada tahun ini saya telah dipilih sebagai Ikon Guru Teknologi Pendidikan Negeri Melaka sempena Anugerah Digital Utilisation and Technology Award.
Saya juga telah diberikan peluang untuk berkongsi tentang Pembangunan Bakat Murid dalam Pendidikan Digital dan Peningkatan Kendiri Sebagai Guru dalam Pendidikan Digital.
Sekolah kami juga telah membolot banyak anugerah pada tahun ini. Rombongan seramai 14 orang murid dan 3 orang guru telah menyaksikan murid-murid SMK Iskandar Shah naik ke pentas dengan penuh bergaya.
Persidangan Penyelidikan Pendidikan Kebangsaan XVII Tahun 2023
Agak mengejutkan apabila saya telah dipilih sebagai Johan Persidangan Penyelidikan Pendidikan Kebangsaan XVII Tahun 2023 anjuran Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia.
Saya telah membentangkan kajian tindakan yang dijalankan dengan murid-murid Tingkatan 5 kelas Bahasa Jepun saya pada tahun ini.
Besar harapan saya agar apa yang telah saya lakukan sebagai sensei mereka membuahkan hasil dan meningkatkan keyakinan mereka dalam penulisan karangan bahasa Jepun.