Hiragana Chinese Whisper
Permainan ini saya perolehi melalui pelbagai laman web.
Boleh dimainkan dalam kelas, atau di luar kelas.
Murid-murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan yang sama rata.
Setiap murid tidak dibenarkan bercakap semasa permainan.
Murid-murid akan menggunakan jari atau pensel untuk melakar huruf di belakang rakan.
Murid yang di belakang sekali akan ditunjukkan huruf Hiragana yang sama.
Setiap orang murid perlu menulis di belakang rakan, dan murid terakhir akan menulis huruf itu di papan putih.
Kumpulan yang paling banyak huruf yang betul akan menang.
Variasi
Huruf Hiragana yang digunakan berbeza untuk setiap kumpulan.
Boleh digunakan untuk Katakana dan Kanji mudah.
Setiap kumpulan boleh diberikan papan putih kecil untuk menulis jawapan.